Wanita Sebagai Pemelihara dan Pelindung Keluarga



" Wanita Sebagai Pemelihara dan Pelindung Keluarga"


Ramai di kalangan wanita yang bergelar isteri dan ibu tidak menyedari berkenaan peranan mereka sebagai pemelihara dan pelindung bagi keluarganya.

Kenyataan ataupun fakta ini bukanlah untuk menafikan peranan suami dalam menjadi pelindung dan pemelihara keluaganya, namun fitrah wanita yang dilihat sebagai seseorang yang 'hampir' dengan keluarganya menjadikan peranan mereka lebih 'significant'.


Apakah yang perlu dipelihara oleh para ibu dan isteri tersebut?

Para Ibu dan Isteri perlu memelihara keluarganya daripada sebarang ma'siat dan perkara yang bakal mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T kepada keluarganya.


Apakah ciri-ciri yang yang perlu ada bagi wanita yang ingin menjadi pemelihara dan pelindung bagi keluarganya ini?

Antaranya ialah;

1. TEGAS

Wanita yang tegas dalam menegakkan prinsip kebenaran mampu melindungi keluarga daripada bahaya dan bencana. Sifat tegas dengan diiringi cara yang lembut mampu membuatkan hati anak-anak lembut bagi mengikut nasihat.

2. BERANI, CEKAL, dan KUAT SEMANGAT

Keberanian dalam menghadapi risiko apabila berpegang atas prinsip kebenaran penting kerana tanpa keberanian, sudah pasti jiwa akan lemah dan takut menghadapi menghadapi akibatnya.

3. Sentiasa berlindung kepada Allah

4. Sentiasa bermohon kepada Allah yang Ba'its supaya dibakarkan semangat.

**********************************************

Artikel di atas digarap dari buku " Keluarga Bahagian dengan Asmaul Husna", hasil karya Prof Madya Wan Maseri Wan Mohd.

No comments:

Post a Comment